Sunday, July 22, 2012

Jadual tarawikh imam dan kuliah saya di bulan ramadhan!

Assalamualaikum semua:)

I.Allah tahun ini Allah bagi rezeki sy dan keluarga untuk pulang bercuti ke Malaysia. Jadi untuk minggu pertama di bulan puasa ini sy bertugas di masjid, surau dan markas sekitar Melaka(Kg asal ayah) di Kg Serkam, Teluk Ketapang, Bukit Larang, Kg Lapan, Taman Mas dan batu Berendam. Minggu kedua sy akan pulang ke Terengganu (Kg asal) untuk memenuhi jemputan di sana sekitar Kuala Terengganu. Seterusnya pada minggu ketiga sy akan memenuhi jemputan di Kuala Lumpur sekitar Ampang, Gombak, Wangsa Maju dll.

Jadi kata pepatah org melayu, 'sambil menyelam minum air'. Maka jika ada masa lapang sy di sana bolehlah kawan2 hubungi sy di talian 019302307 untuk kita bertemu berkongsi minat dan sambil mengeratkan silaturrahim. Jika ada buyer sy yg pernah membeli jam dengan sy dan jam itu ada masalah besar sila hubungi sy ye. Salam ramadhan dan maaf zahir dan batin.

"Minat itu fitrah kurniaan Allah, tp jika ia disalah guna sehingga lupa tanggunggajawab terhadap Allah maka akn mengundang murka Allah'

Ahmad Muzani Bin Abd Rahman
Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar
Kaherah
Mesir.

Saturday, July 21, 2012

H4U bersama Zulhairi, al-Hakim, Dausi Nuzula dan Qamarul Balord.

Alhamdulillah dikesempatan sy berada di Melaka dan mempunyai sedikit masa kosong untuk bertemu rakan2 seminat dan sehobi. Pd mulanya sy bertemu dgn Ust Dausi Nuzula dr Melaka. Slps itu sy ke KLIA untuk mengambil adik yg baru pulang dari Mesir dan mengambil kesempatan daripada itu untuk bertemu dengan Bro Zulhairi dan Ust al-Hakim.
Semalam sy mendapat panggilan daripada Bro Qamarul http://tqklasik.blogspot.com/ untuk bertemu berkebetulan dengan kepulangan beliau ke Kampung di Batu Pahat. Seterusnya biarlah gambar bercerita..(Dgn Bro Qamarul je ana bwk kamera)

Friday, July 20, 2012